Tuesday 5 March 2013

BERITA MUTAKHIR


Singapura, Rabu, 6 Mac 2013

Selamat jalan abang Ahmad Husaini Ajmain..jasa mu pada ku dalam bidang seni suara akan ku kenang selagi hayat dikandung badan...

Janazah Allahyarham Ahmad Husaini Ajmain telah selamat dibawa ke tanah perkuburan dan diabadikan di sana...

Nama Ahmad Husaini Ajmain atau Husaini Ajmain memang tidak asing bagi semua penggemar Hiburnan di Singapura dan Malaysia. Belaiu semasa hayatnya banyak memberikan sumbangan penciptaan lagu dan menjadi penerbit album kepada artis-artis Singapura dan Malaysia..

Antara artis yang pernah diuruskannya ialah Ramli Sarip dan Sweet Charity, Othman Hamzah, Normadiah Hamzah, Khatijah Ibrahim, Mahani Mohammed dan beberapa yang lain.

Jika mendengar lagu MUSLIHAH nyanyian Othman Hamzah pasti kita tidak meluakan nama Allahyarham, begitu juga dengan album lagu yang ditanganinya dari kumpulan Sweet Charity, Khatijah Ibrahim, Othman Hamzah dan Normadiah Hamzah serta beberapa nama besar lainnya..

Kehilangannya juga merupakan satu yang amat dirasai, biarpun Allahyarham Husaini Ajmain memang sudah lama tidak aktif namun sehingga kini lagu-lagu ciptaanya tetap menjadi ingatan kita.

semoga pemergiannya akan mejadi suatu keangan abadi buat kita semua disamping ia tetap mekar dalam ingatan penggemar lagu-lagu Melayu masakini...

Lapor BERITANEKA / Sumber & Foto Normadiah Hamzah





















No comments:

Post a Comment